Thursday, July 21, 2011
Monday, July 4, 2011
Projek Baru : Fertigasi




Salam semua,
Saya ada satu projek baru plak. Yg hidroponik tu dah ok dan sekarang ni nak start plak projek tanaman guna kaedah fertigasi. Saya baru beli satu set fertigasi ni dengan harga RM150 dari pameran kat Taman Pertanian, Putrajaya. Patutnya harga dia RM180 satu set, tp kira rezeki ambo, abg tu dah abih pameran n dah nak blk, so let go la set tu murah2.
Sistem ni kira senang untuk dimonitor. Cuma pastikan air dalam tong tak kering ajo..kira seminggu sekali kena tambah la air baja dia. Kalu nak lg senang kena guna kaedah hidroponik 3T, Tanam, tinggal, tuai. Maknanya tanam mula2 then tunggu ambik hasil dia saja.hehehe. Tp ambo saja nak test, kaedah mana2 pun bole pakai, asal minat.
Pokok yang ditaman adalah cili dan akan ditambah dengan kacang botol, bendi, terung dan sebagainya. Kira tanaman ulaman. Senang nnt kalu nak makan budu dengan poyok durian. Disertakan gambar2 permulaan tanaman dan saya akan update dari masa ke semasa. Gambar2 cili tu adalah berusia 1 minggu lebih..
Tuesday, February 3, 2009
Hari ke -30
Ini perkembangan terbaru pokok sawi hidroponik..dah masuk 1 bulan(30 hari) pokok2 ni ditanam.. nampak mcm slow sket pembesaran dia..So terbaru, pokok2 ni dah dipindahkan ke belakang rumah dan dileltakkan terus dibawah cahaya matahari. tu gambar pokok2 ni dok dlm plastik putih, ala2 rumah hidroponik la tu ..hehhe..Kangkung2 tu dah bole potong..cuma sawi ni kecik lg..kena tunggu lg 1 minggu, kot2 dalam masa 1 minggu ni dia bole besar lebih cepat..
ok..
Tuesday, January 27, 2009
Hari ke-22
Salam..Ini perkembngan terbaru pokok2 hidroponik yang ditanam..tu gambar pokok2 sawi pada hari yang ke-22. lebih kurang 3 minggu la..yang paling atas tu kangkung..mmg cepat besar la kangkung nih..masa nak blk cuti raya cina ari tu rasanya br inchi tinggi tunas yang baru naik..ni dah dengan daun2 skali dah besar..Kalu nak tau beza dia tgk kangkung yg kat bawah tu, yg baru tanam.. takdak daun..hmm..kurus kering ajo napok..kita tgk lg dalam masa 2 minggu, camna jd pokok2 ni..ok..tq..
Monday, January 19, 2009
Hari ke-13
ok..ni perkembangan terbaru la..almaklumlah, takdak masa nak update blog nih.. tu gambar untuk hari yg ke 13. dah nak masuk 2 minggu pokok2 tu ditanam.
Semalam sempat jugak singgah kat booth KazHidroponik kat Maidin Mall Subang USJ. Beli baja hidroponik. Baja yang mula2 beli yg skali ngan pakej dulu dah habis di makan dek semut.kakaka..dah tumpah semuanya..Masalah teknikal.. Saya bancuh baja dalam bekas polisterik yg mcm bekas air batu tu..ingt tutup dah kejap dah bhgian atas..rupa2 nya polisterin ni dia bole telus air.tp kluar sket2..dengan kata lain, habis semua baja tu keluar dari bekas dia..Tak dak rezki la katakan..
Hah..masa singgah kat booth KazzHidroponik smlm ada jumpa ngan abg tu..yg jaga booth tu, staff Kazz. Dia ada citer la pasal cara2 nak tanam pakai kaedah ni..and ada tunjuk sket gambar rumah hidroponik. ingt nak jugak buat rumah tu kat bahagan dapur rumah..tp kena tunggu projek yg ni dulu..kalau success insyaallah nak kena cari budget utk buat rumah tu plak ngan peralatan Hidroponik tu..Satu set dia dah RM45. Kalau dah satu rumah nnt agak2 brpa set yg bole masuk..tu pun pakai modal gak tu bey..kena spend duit gaji la tu sket2..hehehe.
Berbalik kepada cerita abg tu, dia cerita punya cerita punya ceritaaa..panjang la cerita dia, maka dia pun ada kata, kalau nak test baja dia ok ker tak ok, try pada cutting kangkong.. Mula2 saya tak faham, mende pulok cutting kangkong nih, tp dia tunjukkan sample..oooooooo...br saya faham..nak tanam kangkong pakai potongan n bukan dari benih..hhehehe..maklumla..bising sangat kat situ..lepas dia cerita tu, dah nak test kan, takkan la nak kena beli kangkong kat Giant kot utk test..so saya mintak la ngan abg tu potongkan sket kangkong2 yang ada kat dalam takung hidroponik dia tuh..hehe..tgk muka dia mcm dia ala2 terkejut la gak..maklumla..ada ker mintak dia potongkan kangkong dalam takung tu..yg tu untuk demo booth..nnt semua pakat2 mintak potongkan pokok2 tu nak buat test.. tinggal akar ajo la kangkung tu .hehe..tp apa2 pun layanan cukup baik diterima dari staff KazzHidroponik.terima kasih atas layanan tersebut..
Yg ni gambar kangkong yg di ambik dari booth Kazz smlm..blk terus tanam.kat takung yg sedia ada..kita tgk apa jd pada kangkong ni dalam masa 2 minggu..Tgk kat gambar tu, rasanya daun2 tu kena buang dulu, nnt dia tumbuh tunas yg baru..ok..tima kasih..
Monday, January 12, 2009
Hari ke-6
Yang ni hari keenam. tinggi dah nak masuk 2 inchi. tu dia ada bengkok sket. nampak mcm mencari cahaya. So saya ubah tpt dia, bg dia dapat cahaya lebih sket. Bg tambah vitamin sket, br cepat besar..Tp kalau tgk kat video panduan tu, 1 minggu dia nyer pokok besar2. awat saya nyer pokok kurus ajo? Ada sapa2 nak komen tak..
Subscribe to:
Comments (Atom)










