Thursday, July 21, 2011

Fertigasi : Hari ke-25 aku tanam






Nampaknya pokok-pokok cili sudah mula mengeluarkan bunga untuk berbuah. Oleh kerana di belakang rumah didapati kurang mendapat cahaya matahari, aku doh pindahkan pokok2 tu ke hadapan rumah yg aku pikir pokok2 tersebut boleh dapat lebih cahaya.

Monday, July 4, 2011

Fertigasi : Hari ke-7 aku tanam









kalu nak ikut, mmg cepat besar la pokok2 cili nih,bole nampak perbezaan dia, bole compare dengan posting sblm ni. kira beza 7 hari saja. Kalu ikut dalam buku nota dia bole start tgk dia berbuah dalam masa 2 bulan. Kita tunggu dan tgk camna...

Projek Baru : Fertigasi




Salam semua,

Saya ada satu projek baru plak. Yg hidroponik tu dah ok dan sekarang ni nak start plak projek tanaman guna kaedah fertigasi. Saya baru beli satu set fertigasi ni dengan harga RM150 dari pameran kat Taman Pertanian, Putrajaya. Patutnya harga dia RM180 satu set, tp kira rezeki ambo, abg tu dah abih pameran n dah nak blk, so let go la set tu murah2.

Sistem ni kira senang untuk dimonitor. Cuma pastikan air dalam tong tak kering ajo..kira seminggu sekali kena tambah la air baja dia. Kalu nak lg senang kena guna kaedah hidroponik 3T, Tanam, tinggal, tuai. Maknanya tanam mula2 then tunggu ambik hasil dia saja.hehehe. Tp ambo saja nak test, kaedah mana2 pun bole pakai, asal minat.

Pokok yang ditaman adalah cili dan akan ditambah dengan kacang botol, bendi, terung dan sebagainya. Kira tanaman ulaman. Senang nnt kalu nak makan budu dengan poyok durian. Disertakan gambar2 permulaan tanaman dan saya akan update dari masa ke semasa. Gambar2 cili tu adalah berusia 1 minggu lebih..