Monday, January 12, 2009

Hobi..
































































Saya mempunyai minat yang mendalam dalam bidang pertanian. Setakat ini saya hanya berkesempatan untuk menanam tanaman yang biasa di gunakan untuk masakan seperti serai, cili, pandan dsb memandangkan saya agak kekurangan masa. Kengkadang tak sempat nak siram pun pokok2 tu..hehe..

Saya ada terbaca kat internet mengenai kaedah penanaman Hidroponik ini. Nampak agak menarik untuk di cuba memandangkan kawasan sekitar rumah saya pun tiada ruang tanah yang luas. Berdasarkan carian saya kat google, tidak banyak syarikat yang menjalankan/membekalkan set peralatan untuk kaedah ini. Antara yang paling popular adalah KAZZ Hidroponik yang berpusat di Melaka. Melihat kepada website tersebut, KAZZ hidroponik ni popular sebagai pembekal alatan hidroponik.

Saya berhubung dengan staff syarikat tersebut untuk mendapatkan set peralatan tersebut. Setelah pembayaran dibuat dah di sahkan, saya mendapat set saya melalui penghantaran KTM Curier Service sehari selepas pembayaran dibuat. Apa yang agak menyedihkan, terdapat sedikit masalah pada set yang saya terima iaitu penutup polisterin pecah. Masalah berlaku semasa proses penghantaran tersebut. Saya menghubungi staff berkenaan dan memaklumkan masalah tersebut, dan saya merasa lega kerana staff tersebut memberi jaminan untuk menggantikan penutup polisteri tersebut dengan yang baru. Saya dimaklumkan akan mendapat gantian tersebut dalam minggu ini. Terima kasih kepada staff tersebut.

Berbalik kepada set hidroponik tadi. Saya mula menyemai benih sawi yang dibekalkan pada malam tersebut dalam lebih kurang jam 10.00 mlm dengan penutup yang pecah. Saya cuba menampal penutup tersebut dengan tape. Rasanya ok sementara menunggu penutup yang baru memandangkan tanaman masih kecil.
















2 comments:

  1. nak tnya...brapa modal utk membeli brgn hidroponik tersebut?

    ReplyDelete
  2. RM40 satu set..saya tak jual tp tuan boleh dapatkan kat Kazz Hidroponik..dia bole poskan peralatan tu..:017 2804719

    ReplyDelete